PEMBANGUNAN
Sejak tahun 70an,Pembangunan yang dirancang dan diusahankan oleh pihak pengurusan felda telah dibuat dengan baik sehingga kampung ini mempunyai semua kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi untuk kegunaan semua penduduk.Dimasa ini seluruh perancangan dan perlaksanaan pembangunan dibuat oleh Jawatan kuasa kampung dengan bimbingan dan bantuan dari pihak pengurusan felda.Pada masa ini,Kampung Felda Air Tawar 3,ujud sebagai salah satu Perkampung Felda yang terbaik di Malaysia.Segala usaha untuk memperindahkan kampung masih giat dijalankan untuk menjadikan kampung ini kekal sebagai kampung yang selesa untuk didiami.